Tuesday, 26 June 2012

PERNAHKAH . . .

Pernahkah...
Saat kau sedang duduk santai dan menikmati harimu, tiba-tiba kau terfikirkan ingin berbuat sesuatu kebaikan untuk seseorang? 

Itu adalah Allah...
Yang sedang berbicara denganmu dan mengetuk hatimu...
(QS 4:114 , 2:195 , 28:77)

Pernahkah...
Saat kau sedang sedih... kecewa... tetapi tidak ada siapapun di sekitarmu yang dapat kau jadikan tempat curahan hati?

Itulah saatnya di mana Allah... Sedang rindu padamu dan ingin agar kamu berbicara padaNYA...
(QS 12:86)

Pernahkah...
Tanpa sengaja kau memikirkan seseorang yang sudah lama tidak bertemu dan tiba-tiba orang tersebut muncul atau kau bertemu dengannya atau menerima telefon darinya?

Itu adalah Kuasa Allah yang sedang menghiburmu. Tidak ada namanya kebetulan...
(QS 3:190-191)

Pernahkah...
Kau mengharapkan sesuatu yang tidak terduga... yang selama ini kau inginkan... tapi rasanya sulit untuk didapatkan?

Itu adalah Allah...
Yang mengetahui dan mendengar suara batinmu... Dan hasil dari benih kebaikan yang kau taburkan sebelumnya
(QS 65:2-3)

Pernahkah...
Kau berada dalam situasi yang buntu... semua terasa begitu sulit... begitu tidak menyenangkan... hambar... kosong... bahkan menakutkan...?

Itu adalah saat di mana Allah mengizinkan kau diuji, supaya kau menyedari keberadaanNYA. Dan Allah ingin mendengar rintihan dan doamu. Kerana Dia tahu kau sudah mulai melupakanNya dalam kesenangan...
(QS 47:31 , 32:21)

Sering Allah mendemonstrasikan KASIH dan KUASANYA di dalam ruang, di mana saat manusia merasa dirinya tak mampu...

"Jangan Khawatir ,AKU ada disini bersamamu..!"
(QS 2:214 , 2:186, 50:16)"



-kopipes-



Wednesday, 20 June 2012

*cerita thesis*

Alhamdulillah..
yahooo! penulisan thesis untuk projek akhir tahun dah siap ditulis dengan jayanya. jyeah! jyeah!!

4 hari kut baru aku betul-betul fokus kat writing thesis tu.huhuu
2 hari tak tido. rasa macam gila..
tapi, mohon pada Allah supaya diberi kekuatan buat sampai siap!
:D
thanks Allah.

ish. nak di ikutkan due nya 18 jun aku nak hantar ke SV (supervisor).
Tapi terbabas sampai ke rabu, 20 hb jun pulak. nasib Dr terima je thesis tu.
masa g SS untuk print bawa rm10 je. sekali kena cas rm14.70 daa!
hadui. aku dengan malu-malu pun gtau kat aunty tu nak hutang rm5.
tapi dia pulak lebih percayakan aku. dia kata takpe bawa balik dulu.
huu. konon nak bayar petang tu jugak. last-last hampeh. tak cukup tido punya pasal, aku qorbankan nak g bayar hutang kat aunty tu.
TAK ELOK tau BERHUTANG! dibuatnye tak panjang umur, abis semua amal tergantung sebab hutang tak setel. *tazkirah*

Patutnya jumpa Dr pukul 11pagi. tapi terlajak lagi daa. eheh.
*sebab dah gelabah tak cukup duit lepas print. pfft*

Sebelum hantar check yang kita dah buat tu, alahai.
ada yang tak cantik laa. hahah! tu belum Dr yang check.
*cepat2 betulkan lepas sampai bilik kat kolej*

Pukul 3 Dr mesej gtau dia dah dpat thesis aku tu.
puhhh! berdebo bila fikir isi yang dia baca. *malu.ayat-tunggang-langgang*

Apapun, rasa ringan giler hotak nih sebab dah buat requirement untuk last sem before grad!
*happy*

Jadi, apa yang disampaikan?
JANGAN BERTANGGUH BILA BUAT KEROJE. HOKE?


Saturday, 19 May 2012

Jatuh

Rabu, 2 Mei 2012.
Lokasi : Jalan kat kolej serumpun


Cuaca mendung dan hujan turun mencurah-curah tak berhenti. Aku pandang helmet yang aku bawa. Satu untuk aku. Satu lagi untuk Ana. Kawan aku yang dah minta izin nak tumpang motor aku tiap kali balik lab. Tadi masa jawab ujian Weed Science tak dengar pulak hujan masih lebat kat luar. Tu yang konon excited hantar kertas jawapan awal. Sekali bila keluar lab masih hujan daa.. Hmm.. Tak boleh la nak terus balik. So, aku buat keputusan nak stay dalam bilik seminar dulu. Tak lama pas tu Nisa dan Diyana pun datang. Join sekali. Rupanya dia pinjam kereta Uji, so bolehlah redah hujan. Haii..nasiblah yang bawa motor ni. Aku cadangkan kat Ana ntuk tumpang Nisa balik sekali naik kereta sebab dia dah tak dok kolej. Nak kena kejar bas ke komuter lagi. So, tinggallah aku sorang2 kat bilik seminar tu. Aku pun tak nak bazir masa macam tu je. Aku cucuk pendrive and tengok ape keje yang aku boleh buat. Jumpa satu. Report amali rumpai minggu ke-6. Alhamdulillah. At least ada benda yang aku leh buat. Sambil dengar2 lagu dan buat bilik tu macam aku punya, sedar tak sedar dah nak pukul 6. Hujan pun dah reda. So, aku rasa memang dah patut aku balik kolej.

Aku rasa happy je dan takde pulak rasa yang pelik2. Masa balik tu, memang tak terduga betul. Hampir terlanggar kereta orang. Dan...aku..jatuh terseret dengan motor sekali. Ya Allah. Perasaan aku waktu tu rasa macam nak tercabut je nyawa. Aku sedar. Aku buka mata masa badan aku terseret. Masa jatuh aku tak ingat cam na badan ni disambut oleh jalan tar  yang basah dan berpasir. Tapi yang aku ingat, aku angkat kepala sepanjang masa terseret kat jalan tu. Sungguh. Rasa macam dah tak hidup lagi je pastu. Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar. Dah terseret dan berhenti tu, aku cepat2 bangun. Bingung sikit. Benda pertama yang aku cari ialah kasut. Ntah mana tercampak. Yang pasti ni bukan cinderella nak tunggu prince charming dia bawa bagi kasut. Huih. Jauh jugak tercampak. Masa tu badan tak rasa pedih atau sakit lagi waktu tu. Luluh hati aku masa terpandang motor. Sedih sangat2 walaupun dalam otak dah bagi signal supaya jgn bersedih sebab at least aku selamat. Motor tu benda yang boleh dicari ganti. Aku tak nangis pun lepas jatuh tu. Cuma terkilan yang amat dan sangat takut. Kat fikiran Cuma terfikir mak. Macam mana nak beritahu ni? Ahh. Dengan lesen L je yang ada dan tarikh abis tempoh 2 minggu lagi. Macam tak dan je nak amik test JPJ bila dah jadi macam ni. Masa tengah bingung sikit tu boleh pulak termarah kat orang yang ade kat situ. Tak silap aku, aku cakap ’Lambat betullah kereta tu bagi signal’. Ish ish. Dah sakit pun mulut tu tak reti penat. Cantik punya perangai. 

Ade orang offer bawak g PKU. Aku rasa memang patut pun pergi. Masuk PKU macam orang sihat je. Padahal baju aku kotor dengan pasir dan sedikit basah. Tudung yang aku sayang (blue black yang aku selalu guna untuk silat dan yang aku amik dari mak) dah koyak. Aku sedih jugak untuk itu, dan...seluar aku koyak besar giler weii kat betis (sepanjang betis sebenarnya). Tapi, kan...alhamdulillah. sepanjang mana pun koyak tu tak dapat nak mengatasi panjang stokin yang aku pakai. Untuk ini, aku sangat berterima kasih kat Allah sebab masih menjaga aurat aku. Huhu.. terharu.

Yang tak best nya kat PKU tu, staf nya ganas gila. Sakit kot masa dia nak basuh luka aku. Dia tonyoh sesuka suki dia ja.. *taksukadia*. Pastu ade satu part tu aku saje pegang lengan die (pmpuan ok!haha). pastu aku kena marah. Dia kata tangan aku berdarah. Janganlah pegang dia. Hahaha. Expected answer. Aku saje je nak uji ko la mangkuk! Takde perikemanusiaan betul. Nampak sangat ko lagi sayang baju ko tu dari nak tolong aku dengan ikhlas. Kalut nak balik lah time tu. Ptuihh. (hoi! Ngumpat?) hah. Mase dok tunggu dia cari Dr yang ade kat PKU ni, time ni la baru aku nangis. Nape ek aku nangis? Sebab motor kot dan sebab aku careless. Bawak laju. Eeei. Kan dah bkali2 aku gtau kat diri jangan sedih sebab motor yg rosak boleh dibaiki. Tapi aku nangis jugak bila teringat balik. Adoi la.

Yang membuatkan aku hangin masa pkerja PKU nak bersihkan luka kat lutut, datang lagi satu mangkuk haiyuun masuk kat partition tu. Laki. Terjegil jugak mata aku masa tu. Sebab tengah emosi tak stabil, aku cakap je direct kat dia  ’Encik, tolong keluar’. Hahaha. Padan muka kau kena halau. Ape ko tak pernah nampak orang jatuh ke? Saje je la tu nak tengok. Orang PKU tu pun satu. Budak pmpuan yang tolong bawa aku g PK tu xbagi masuk pulak. Ni mentang2 pekerja dia, boleh pulak buat selambe. Cicak kobeng betullah. Dalam pada tu, tengah berkira2 jugak nak mesej sape sekarang ni. Baru taip ayat sekerat, sorang Dr cina dari bilik 11 datang. Dia tengok2 je luka aku. Pastu nasihat sikit. Alah yang typical punya. Pastu cakap dah boleh amik ubat kat kaunter. Hah. Terer tak Dr2 kat PKU upm ni? Memang takleh bagi harapan sangat lah diorang nak cek ko betul2 sakit ape. *mase tu pun dah predict Dr kat PKU takkan buat yang macam aku betul2 sakit. Yelah. Mungkin sebab aku tak nangis meraung2. muke macam org sihat. Macam dah bisa kena gitu. Huwaa. *Kecewa*

Nak ikutkan, aku jumpa Hafis MTM kolej. Sedihnya...dia tak tanya aku ape2 pun. Kan betul. Muka aku ni takde rupa orang sakit. Em. Lagipun agaknya dia tengah dok risau pasal adik asasi yang tangah pengsan masa tu. *haha. dasat uolls adik tu.* Dengarnya sebab tak makan, tak rehat. Fokus untuk study final exam diorang. Huish. Takut gak aku kalo macam tu. Alhamdulillah. Aku tak pernah kena lagi sampai macam tu. Sampai kat kolej pulak nampak Nana dan Kina (MTM jugak) baru turun kereta. Dalam hati risau jugak kalau diorang nampak. Tapi.... jangan harap! Diorang menonong je jalan. Tak pulak diorang pelik aku naik kereta ntah sape dan bawa helmet keluar kereta. (tudung dan seluar koyak tu mmg tak dapat diperasankan oleh orang! Hebatkan?)

Hm.. sampai bilik, Nisa tanya dari partition. Pergi mana lambat sangat balik? Aku tergagap jugaklah jawab ’Dari fakulti la (kuat) ...tapi singgah PK (gumam..)’. Nisa terus membebel nak cakap. Tapi aku terpaksa potong gtau dia aku nak mandi sekarang. Hmm. Sedih lagi. Sebab dia tak tengok pun keadaan aku masa tu. Tanya pun dari partition je.

Masuk bilik air, berdebar gila perasaan aku. Sebab? sebab nak mandi. Nanti kena air. Kena la basahkan badan. Aku nak buat gaya macam mana nak mandi ni? Lutut 2-2 belah luka. Tapi kanan lagi teruk. Siku kiri pun luka. Tapak tangan kanan pun luka. Dengan luka kat pinggang kiri lagi. Huuu. Sebab dah tak tahan sakit, aku meraung la jugak kat bilik mandi tu masa kena air. Tapi yang amazingnya, takde pulak budak yang tengah mandi time tu tnya tu sapa nangis ke..nape nangis ke.. haiii.. takde rase common sense depa ni. naseb badan kau lah. Last2 aku tutup luka kat pinggang guna tangan kiri. Dan cuba elak air dari terkena lutut kanan. Yang lain2 tu tahan ja laa. Pedih tu sudah tentu la kan. Hoho holiau weh.

Nasib tengah ’uzur’ yang hujung2. lepas dah mandi, makcik pon2 datang. Kalau dah sakit, jangan biar diri lagi sakit,kan? So, kena gagahkan diri g turun  beli jugak kat bawah. Beli mihun. Teros makan. Tengah makan dpt pulak mesej soh buat esaimen. Aiseh. Memang merosak mood sungguh. Ok. Takpa2 aku tau ko tak amik tau pasal keadaan diri aku sekarang ni. Lepas azan isyak je, aku teros dah ready nak baring. Tapi sebelum tu balas dulu mesej dia. Aku tak ok. Tak da mood. Dia balas, dia risau pasal training dia hujung minggu ni. See? Benda lain lagi penting beb. Makan hati ja la. Menangis lagi. Hehe. *mungkin salah aku jugak sebab x kepoh2 kat orang. so, mane orang nak tau, kan? tapi...tu memang bukan aku.* 

Sambil2 tu tengok luka kat lutut. Aih. Bleeding ni bile nak stop. Takleh tido pon sebenarnya. Tiap 10-20minit  aku angkat kaki tengok luka. Lap darah. Sapu minyak jerslin. Tu je la keje aku. Uish. Takot gak aku tengok asek tak henti je. Kang pengsan sebab tak cukup darah, abes kantoi sume. Pukul 1 pagi still takleh lelap mata. G toilet. Nak mencangkung. Huwaaa. Sakit. Menangis lagi. Ehee. Jumpa wani. Aih. Dia tak pelik pun aku jalan terdengkut2. mungkin tak ketara sgt kut cara aku jalan sedikit blainan. As expected, dia terus je keluar tandas. Tak tnya pape. Jadi, agak2 ape emosi aku? Sedih? Sudah pasti. bila da sakit, emo sokmo. air mata murah bebeno mengalir.

Aku rasa pukul 3 pagi jugakla aku tido. Dan dah terbabas hingga pukul 8 ke 9 pagi esoknya. Hmm. Teros terfikir motor yang tertinggal kat serumpun tu. Risau sebab ntah mana yang orang tolong parking tu letak. Dibuatnya dia letak kat tempat parking pihak pengurusan kolej serumpun, maunya kena clamp ngn  pak guard. Kang bertambah pulak masalah aku. Nak mintak tolong dak bilik, masing2 g kelas. So, first person yang aku nak cari sebenarnya Diyana. Tapi macam jauh pulak nak g blok dia. Aku g turun bawah. Nampak makcik cleaner. YA. Dialah orang pertama kat kolej ni yang tau. Haha. Kesian kan? 

Aku menapak ke bilik Dayah. Alahai. Dia masih tido. Tapi terpaksa kejut jugak. Masa aku cakap temankan amik motor kat serumpun dia tak tanya apa2 pulak. Just tanya ’Sekarang ke?’. Err. A’ah. Ahh. Dia mamai barangkali. Tak ape. Aku paham. So, aku gtau dia aku bersiap kejap. Aku naik atas balik, pakai tudung pakai helmet. Turun bawah. Ok. Dia lebih sayang tidurnya. Hmm. Sedih. Sikit je. Malas nak layan perasaan. Taknak kejut buat kali kedua. So, gagahkan diri g bilik Diyana. Halemak! Dia tido jugak. Guane ni? Hmm. Fara ngn chik dah bangun. Terpaksa minta tolong diorang pulak. Adoi. Fara on phone rupanya. Tunggu sekejap. 2 minit berlalu... Dah tak leh tahan nak tunggu. Gerak ke partition Diyana semula. Gerak dia soh bangun. Cakap nak minta tolong. Dia terus bangus. Nak cuci muka. Aku duduk kat tepi katil dia. Dan..menangis! 

adoi. Rase lemah betul time tu.Tetibe Fara datang lepas abis cakap dengan guru penasihatnya. Alamak. Kantoi tengah nangis. Dia pulak yang serba salah. Haha. Makin orang tanya makin lebat aku nangis. Hee. Mulut takleh nak cakap ape pun. Dah reda sikit, kebetulan Diyana pun baru datang semula. Dia terus tnya, nape moto ko kat serumpun? Eh. Kau jatuh motor ke Jida? Aku tak mampu nak jawab. Hanya mengangguk. Luka diorang tak tengok pun. Memang full coverage la aku buat. Cuma kat tpak kanan je aku tunjuk kat Fara.

Diyana la yang banyak tolong aku. Dia bawa aku g serumpun, teman aku hantar motor yang rosak tu g kedai. Balik kolej, terlupa pulak kunci bilik sekali dengan kunci motor. Haish. Tapi, nasib otak masih berfungsi. Tadi masa keluar bilik aku tak kunci pintu belakang. Pagi tu kak upi mesej – dia ingatkan pasal buku resepi yang dia nak. Mmg ikut perancangan, aku nak post je kat dia. Sebab tak tau ntah bila aku nak blik rumah. Hadui. Aku tak dapat nak beritahu dia aku jatuh motor. So, aku kemas2 brg yang nak post kat dia. Sambil bawa masuk 3 buku yg aku pinjm kat library ke dlm beg (hah. Beg aku pun koyak macam kena gigit tikus kat bhgn tali sebenarnya). Ingat nak naik bas je. Tapi lecehlah. Dalam hati dah berkira2 nak pinjm motor diyana ke tak. *takserik nak bawa moto*. Tapi Nisa balik waktu tu. So, aku cakap nak pinjm motor dia. Dia terus je bagi kunci. Tak ke pelik aku yang dah ade motor duk sibuk nak pinjam motor dia. Dah dia tak tnya, aku pun tak berniat nak cerita. Hadoi. Motor dia mana guna starter weh. Kena guna kaki ni nak start. Dan...kena guna kaki kanan! lutut aku! *ok. nak start bukan guna lutut* pfft!

Bismillah. Alhamdulillah. Motor dia senang hidup. yippiee! aku bergerak mcm biasa lah. speed moto pun up and up tak hengat. huihh. sungguh tak serik. singgah kat pejabat pos. amik nombor. terjumpa Lily dak silat. Omo! Dia pun ada kat situ nak pos barang. hmm. die pasan pulak aku 'tak sihat'. so, aku pun ringan mulut pulak nak bercerite. kira dia tu antara yang awal jugaklah yang tau cerita sebenar.. After Zohor, terpaksalah menumpang Diyana utk g lab petang tu. Terserempak dengan Dayah masa nak naik motor tu. Dia ade tanya nape tumpang Diyana. Aku tunduk. rase sebak nak bagitau dia ape dah jadi. aku diam je. Last2 Dayah jalan dulu bila aku tak jawab pun soalan dia. 

Masuk hari Jumaat mmg aku berdebar. sebab sepatutnya aku kena g lab utk teruskan buat FYP. tapi aku tak dapat pegi sebab aku tak rasas la tanagn aku yang luka ni dapat tahan kalau terkena etanol ataupun berpeluh sebab kena pakai glove mase buat keje2 lab tu nanti. Ish. tapi takleh tinggal tanpa sebab macam tu. so, nak taknak kena gtau kat Supervisor aku. kang nanti kalau dia tanya apa2 kang, xtau nak jawab macam mana. He's so kind weh. macam ayah kepada anak gitu.. soft spoken pun ye. patutnye aku untung dapat SV mcm dia nih. dalam mesej, dia nasihatkan kat aku supaya berehatlah sepenuhnya hingga sembuh. fuhhh! lega gilaaa masa dapat mesej dia tu. :D

eeei. dah lah. pompang2 citer banyak pulak. so, moral of the story is : bacalah bismillah bila buat ape jua pkerjaan, even naik motor. mak tnya aku tak baca doa naik kenderaan ke? huhu. ntah la mak. orang tak ingat ade bace ke tak. hee. *sebenarnya aku mesej mak pun mase ri jumaat petang tu. sebab takut mak tak caye kat aku lagi nak bawa motor. dah lah aku gtau luka sikit je konon.huh. kalau mak tgok motor yang dah hancus tu, maunye mak risau berbakul2 kat aku. dahlah test JPJ pun tak lepaih lagi. alahai.

Genap seminggu, luka tu sume dah sembuh. *kire kering la*. isnin (pinggang). selasa (lutut kanan). rabu (tapak tgn kanan - yang ni susah sebab merekah wehh.huhu. aku tgok pon takut).

So, ape yang aku dpt dari experience ni?
1. nikmat berjalan (even nak turun tangga dengan normal weh) jgn dilupakan. serius. masa hari  ke -3 aku dapat turun tangga macam biasa, aku senyum sampai ke telinga! ok. tipu. bibir aku asyik tersengih je la. tido pun dah aman.  oh. masa 1st day jatuh tu. xleh tido sebab pinggang sakit. nak tido buat gaya apa pun tak tahu. huhu.

2. bace bismillah dan doa naik kenderaan + anggap sume org tak reti bawa knderaan. kena bajet kitalah yang terhebat terpandai terpower utk bawa kndraan kita dgn berhati2 dan expect kndrn depan tu akan belok kiri/kanan atau ade kndrn tetibe kluar dari kiri/kanan. ahah! ape punya teori daaa!

3. jgn ingat Allah bila sakit je eh. huduh punya perangai.

Maka, nikmat Tuhan kamu yang  manakah kamu dustakan?

Tuesday, 1 May 2012

pangkal

Alhamdulillah. walaupun perit, resah, gelisah je aku dibuatnya, tapi aku tau tu adalah yang terbaik untukku.
Apo bendo lah agaknye tu? hihi

ni haa, nak maklumkan kepada diri sendiri yang account facebook aku dua2 dah dijaga oleh akak aku.
Awat?
sebabnya aku dah lalai teroikhhh la senang kata. huhu. *maluuuu. .__.
Sehari tak buka FB macam gian semacam.. tu yang aku rase penyakit benda tu.

Apapun semoga aku terus cekal untuk kurangkan buka FB. huhu.
*fb dah tutup, rajin pulak nak ber'twitter' dan update blog? OH! TIDAK!! *hewhew*

Marilah berhijrah. =')
Allah takkan ubah nasib sesuatu kaum dgn sendirinya.

so, kemon la weh. log out sume benda dan start buat kije. heee.

jom2! Haiyya 'alal falah.




Saturday, 28 April 2012

bOwl


Sungguh! ape tu lawnbowl, bowl pun tak tau. even untuk jadi pemain lawnbowl pun tak terlintas.Tapi, itulah rezeki serta pengalaman dapat merasa main game international ni. #Untunglaa. ;D

Sebenarnya bowls nye sangat berat..eheh. tu yang korang nampak orang angkat and deliver nampak macam senang sebab dah selalu blatih. Masa aku main mula-mula dulu sakit gak sendi kat pergelangan tangan. tapi, Alhamdulillah tak lama. 

Game ni tak femes kat Malaysia. Untung gilerr sape yang involve ngn game ni sebab banyak sangat tournament game in and out M'sia. kira boleh buat duit jugak laa kalau sapa yang reti main. 

Tak nak cakap banyak, sebab masih baru. Nanti dah power dan dapat medal sendiri baru nak ghoyak banyak2..h a h a.. ntah biler nye..berjanggut nak tunggu dibueknyo! ;p

ni sebiji bowl.

         4 biji bowls selalunya beserta dengan begnya. :)

Beriya2 aku mendengar yang akak senior ni dok pot pet. ;p

      Tunggu giliran nak deliver bowls.

   Cedih. sebab kalah. Moral down kot mase kire point tu kite kalah. menci!!

  After warming up ade la sikit briefing..

2nd day. Ceria la sikit. nak melupakan kisah semalam.
*tengok tuh. sampai 2 tangan aku pegang sebab berat sangat bolanya. hihi

     yeah! bergambar sebelum majlis penutup.

Team UPM. yahooo! keseluruhan P no. 2, laki no. 3.

Sebelah kanan tu je saye punye. yang sebelah kiri (tangan kiri) akak yg free hair (yg dekat dgn laki bertopi) tu yang bagi. Semangat utk aku katenye supaya buat yang lebih baik lain kali. terharu dibueknyo. sobsss! Thanks kak fid! *kak fid terer giler! Pemain Malaysia, low profile, tak kedekut ilmu. Bowls dia warna pink! style siot! menyerlah dan buat org geram sebab bowl dia asek dekat ngn jack!! ahh. jack tu nate ape pulok? kan aku dah habaq tadi, nt kalau dah hebat baru aku gebang. kah3. eh. panjangnya caption! XD

N E X T : korang (ladies) pernah main sepak takraw? woha!


Monday, 14 November 2011

Exam fever!

Assalamualaikum.

15/11/2011-selasa.

Sekarang musim peperiksaan kat sekolah-sekolah Malaysia. Adik Xiam pun mesti tengah berjuang untuk dapatkan yang terbaik bagi SPM dia. SPM baru bermula semalam. Aku berdoa untuk kejayaan adik-adik aku. Aku sayang diorang lebih dari aku sendiri. Aku yakin, Xiam mahu jadi lebih baik dari pencapaian aku. Aku bangga. Aku terharu. Aku harap akulah kakak yang menjadi ikon untuknya berjaya dan berusaha.

Hari tu masa balik kampung semasa cuti pertengah semester, Xiam bagitahu keputusan percubaannya. Alhamdulillah. Dapat 8A 3B secara kasarnya sudah cukup memadai pada aku. Senyumannya tidak putus menguntum. Mukanya ceria. Butir bicaranya juga bersemangat mahu berkongsi segala rasa sepanjang duduk di asrama. Aku lebih suka melayannya di waktu-waktu begini. Maka ucapan nasihat tipikal yang aku bagi, Xiam kenalah usaha lebih lagi. Xiam boleh buat pnya laaah!!. Dan, jauh, jauh, jauh di sudut ruang-ruang hati aku ni, aku berdoa sesungguh hati untuk melihat lagi senyuman kegembiraannya apabila berjaya kelak. Bukan untuk Xiam je. Untuk adik-adik aku yang lain jugak. Waseq, Xiam, Yakin, Zaki. Tak lupa untuk ank-anak buah. Cem dan Ica yang nakal-nakal budak.

Ya Allah, aku mohon padaMu supaya alirkanlah rasa kasih dan sayang dari sukma ku ini kepada mereka semua yang aku sayang. Aku sayang, cinta dan kasih akan ikatan keluargaku ini ya Allah. Walaupun jauh di mata, sampaikanlah rasa hatiku ini dekat pada hati mereka.

Buat mak, Jida sayang Mak sangat-sangat. Selalu risau akan keselamatan, dan  kesihatan Mak kat rumah bersama adik-adik. Hanya pada Allah aku memohon pertolongan yang sesungguh2nya. untuk jaga Mak, jaga adik-adik dan keluarga kat rumah.

p/s : Tiap kali aku nak test kat Uni ni, mesti gtau mak. Mintak maaf. mitak restu. mintak dihalalkan semua2nya. Minta mak doakan. Aku yakin doa Mak adalah mustajab. Jadi, ape2 hal aku selalu minta kat Mak untuk doakan yang baik2. Tu lah gunanya Mak. hehe. I Love You, Mak. =')

Friday, 3 June 2011

Akhirnya!

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Terima Kasih ya Allah! 

Dapat jugak buat blog nehh setelah berape tahun mengidam. haha! Gigih dia! Yeehaa!! (erk.lame gila bhai!! bhaaha!!)

1 Rejab . . *alamak 143_ berapa ha? harunya aku ni..adehh