Assalamualaikum.
15/11/2011-selasa.
Sekarang musim peperiksaan kat sekolah-sekolah Malaysia. Adik Xiam pun mesti tengah berjuang untuk dapatkan yang terbaik bagi SPM dia. SPM baru bermula semalam. Aku berdoa untuk kejayaan adik-adik aku. Aku sayang diorang lebih dari aku sendiri. Aku yakin, Xiam mahu jadi lebih baik dari pencapaian aku. Aku bangga. Aku terharu. Aku harap akulah kakak yang menjadi ikon untuknya berjaya dan berusaha.
Hari tu masa balik kampung semasa cuti pertengah semester, Xiam bagitahu keputusan percubaannya. Alhamdulillah. Dapat 8A 3B secara kasarnya sudah cukup memadai pada aku. Senyumannya tidak putus menguntum. Mukanya ceria. Butir bicaranya juga bersemangat mahu berkongsi segala rasa sepanjang duduk di asrama. Aku lebih suka melayannya di waktu-waktu begini. Maka ucapan nasihat tipikal yang aku bagi, Xiam kenalah usaha lebih lagi. Xiam boleh buat pnya laaah!!. Dan, jauh, jauh, jauh di sudut ruang-ruang hati aku ni, aku berdoa sesungguh hati untuk melihat lagi senyuman kegembiraannya apabila berjaya kelak. Bukan untuk Xiam je. Untuk adik-adik aku yang lain jugak. Waseq, Xiam, Yakin, Zaki. Tak lupa untuk ank-anak buah. Cem dan Ica yang nakal-nakal budak.
Ya Allah, aku mohon padaMu supaya alirkanlah rasa kasih dan sayang dari sukma ku ini kepada mereka semua yang aku sayang. Aku sayang, cinta dan kasih akan ikatan keluargaku ini ya Allah. Walaupun jauh di mata, sampaikanlah rasa hatiku ini dekat pada hati mereka.
Buat mak, Jida sayang Mak sangat-sangat. Selalu risau akan keselamatan, dan kesihatan Mak kat rumah bersama adik-adik. Hanya pada Allah aku memohon pertolongan yang sesungguh2nya. untuk jaga Mak, jaga adik-adik dan keluarga kat rumah.
p/s : Tiap kali aku nak test kat Uni ni, mesti gtau mak. Mintak maaf. mitak restu. mintak dihalalkan semua2nya. Minta mak doakan. Aku yakin doa Mak adalah mustajab. Jadi, ape2 hal aku selalu minta kat Mak untuk doakan yang baik2. Tu lah gunanya Mak. hehe. I Love You, Mak. =')
No comments:
Post a Comment